Saturday, August 20, 2011

Iftar

Salam,
Minggu ni beberapa kali jugak makan kat luar.. Biasala kan, da minggu2 terakhir ni biasanya kedai-kedai makan pon semakin penuh sebab maybe ramai yang dah tak tahu nak masak apa kat rumah & mungkin jugak ramai yg sibuk shopping dan terus berbuka di luar...

Kami pulak, selepas makan kat Kenny Rogers hari tu, keesokkannya 17/08 saya attend invitation SubCon untuk berbuka puasa di Hotel Holiday Villa... Yang bestnya kerja bahagian account ni, kalo ada subcon nak belanja makan je, surely account dept akan dijemput.. Al-maklumlah kami yang buat payment untuk diorang kan... Tapi, since da kawin ni takde la saya nak pergi semua kan.. Sekali ni je la saya pergi... Tu pon, nasib baik sebelah Holiday Villa ada McD...sy makan di hotel sementara en Suami makan McD.. hahah.. nasib baik ada kawan dia temankan.. kalo tak, tak sampai hati jugak saya nak tinggalkan en Suami kat situ sorg-sorg...kalo takde kawan dia, mungkin sy pon makan McD.. hehe..


18/08/11 pulak, office buat jamuan berbuka puasa di Storeyard datuk Kumbar... kali ni boleh bawa family, so saya ganti la semula rasa bersalah tinggalkan en Suami semalam.. hehehe... kamera tak bawa, malas pulak nak bawak kamera besar gedabak tu, nasib baik la ada orang nak ambil gambar kami.... hehe..

Today 20/08 ada makan-makan ngan member2 en Suami.. ada org naik pangkat nak belanja makan... hahaha.. tempat belum finalized lagi.. semalam bincang2 nak ke Kuala Perlis tapi tak tau la jadi ke tak.. skang malam2 asyik hujan je kan... hrrnn, ekceli... kami tak kisah pon.. ikut je la diorang nak pergi mana...  hehe.. nnt saya udate lain... till then, daaa

No comments :