Saturday, March 31, 2012

Tgk bola di hari lahir

Bismillah,
Hadiah besday sy smlm hubby bw sy tgk bola kat Stadium Darul Aman.. Hubby (KEDAH) vs Isteri (PERAK).. inilah sebenarnya permintaah sy dari dia sempena besday sy.. hehe.. memula sy x kisah pon sape menang, tp bila separuh ms pertama perak ketinggalann 1-0 sy da mcm ''alaaaaa''.. ect, 1st half Perak main cantik la jugak.. tp, ms tambahan 1 minit sebelum tamat 1st half, Kedah berjaya menjaringkan gol.. Gegak gempita satu stadium yg majoritinye penyokong hijau kuning tu..

Since kawin baru kali ni sy dapat jejakkan kaki ke stadium.. risau sgt en hubby nak bw sy ke stadium.. katanya, org ramai la.. nnt ada adegan raba2 la.. haha.. bukannya dia x tahu zaman sy student U dl selalu ke stadium tengok bola.. walaupon tanpa seorang lelaki, sy ajak kwn perempuan teman sy g stadium Bukit Jalil untuk tengok perlawanan akhir Perak menentang Pulau Pinang... Then, sy penah jugak baru je sampai KL dari Perak, laju2 g jumpa bapa saudara (pakcik sy penyokong tegar Perak) and bekumpul ramai2 dgn Kelab Peminat Perak, kitorg gerak 2 biji bas g Stadium Perak untuk tegok bola.. haha.. baru je balik dr Perak da pegi balik.. kelakar plak kalo ingat... merata jugak la stadium sy pegi.. ms tu zaman kegemilangan Perak.. mau x semangat kau! hehe..

Ok, sambung game smlm.. 2nd half Perak dihukum pulak dengan kesilapan pertahanan Perak yg menjaringkan gol sendiri.. da la sy dok belakang gol tu.. haihhh, sakit pulak ati kite ni (tiru gaya Wawa adnan sempit ye) kali kedua stadium bergema dengan sorakan penyokong Kedah.. termasuk la en. hubby yg beria2 bangun buat ombak.. hahha... slps tu, penyerang Kedah sekali lagi mengjaringkan gol menjadikan angka 3-0.
Ok, itulah hadiah hari jadi sy... obsess sangat dgn angka 30 kan, dapat jaringan pon 3-0.. bermakna lengkap besday sy dengan angka 30.. hahaha.. besday 3003. umo 30. ambil kereta baru smlm jugak, no plat 3300.. tgk bola pon jaringan 3-0... kebetulan semuanya... :)

1 comment :

outbound malang said...
This comment has been removed by a blog administrator.