Friday, May 4, 2012

Puas dpt gembirakan parents

Bismillah,
Da lama coretkan satu dua kata kat blog nih.. aritu semangat kata x nak malas2 da untuk update blog, tp nampaknya perkara yg sama masih berlaku.. hehe.. so, terima je la hakikat sy ni bukanlah blogger tegar... kalo blogger tegar hari2 akan update blog, then dlm sehari tu byk kali plak tu.. kau hado? haa, x de kan.. hehe

Ok, just nak share rs kepuasan diri bila lihat parents kita seronok dengan apa yg kita lakukan untuk mereka.. Walaupon da bg duit untuk mereka tiap2 bulan, tp pastinya x dapat balas segala kasih sayang dan pengorbanan mereka dlm membesarkan kita sehingga sekarang.. So, sy bertekad untuk menggembirakan parents sy seumur hidup sy, InsyaAllah...

Masa g Langkawi bulan 2 hari tu, rs best sgt.. Puas dpt lihat keseronokan mak and ayah dpt bercuti bersama2.. Kami bukanlah dtg dr keluarga yg mewah.. So, dizaman sy kanak2 dan remaja, sy tak pernah dibw bercuti ke mana2 oleh mak n ayah.. kalo pegi hanyalah menerusi rombongan sekolah.. Wang pendapatan ayah sy digunakan untuk membesarkan dan menyekolahkan kami adik beradik... So, kini sy nak cuba seboleh2nya bawa mereka bercuti.. Percutian ke langkawi aritu merupakan kali pertama mak sy menjejakkan kaki ke Langkawi.. Mak sy x berpeluang menghantar sy ke Matrikulasi di Langkawi pd Feb 2000 sbb kekangan kewangan pd masa tu..

Sebenarnya, pd Feb 2010 sy pernah plan bw mak & ayah dan juga arwah tok ke Cameron Highlands.. Tapi, disebabkan kesihatan tok yg tak mengizinkan, sy just pregi dgn hubby, kakak n adik... Cameron Highlands adalah tempat di mana mak n ayah sy bertemu.. hikhik.. masa tu mak & arwah tok berkerja di Ladang Tea Boh.. Ayah sy pulak  jd peneman kwnnya yg berkahwin dgn orang CH.. rasa ralat jugak x dapat bw mereka masa tu sebab cadangnya mmg nak bw arwah tok sekali sebab tempat tu kan macam nostalgia gitu.. InsyaAllah, satu hari nnt sy akan plan bw mereka ke sana.. tp, bukan dlm ms terdekat sebab sy sebenarnya da bosan g Cameron Highlands.. haha...

InsyaAllah, plannya nak bw mak & ayah g Sarawak on mid of Sept nanti untuk menhadiri majlis perkahwinan my bff, Amy dan psgnnya Ali... da lama sy simpan keinginan ke Sarawak sebab nak tunggu Amy kawin br la nak jejakkan kaki di bumi kenyalang tu.. Masa sy kawin haritu, amy dtg Perak ngan parents dia.. so, kali ni sy pon nak bw parents sy jugak, sambil jln2 kat sana.. kiranya kali ni 1st time la parents sy nek flight tau.. sure excited nnt.. xpe, kasik experience dl sebelum mak& ayah nak ke Mekah nnt, InsyaAllah.. Sebenarnye, benda ni sy br planning, tp mak sy da citer kat adik2nye.. hehhe.. dari situ sy boleh nampak keinginan mak sy.. Insyaallah mak, nnt kita pergi Sarawak k.. :)

Ok, itu je nak share pasal kepuasan diri bila dpt menggembirakan parents.. Maybe org lain boleh bg lebih lg kegembiraan pd parents mereka, tp kena tengok pd kemampuan diri jugak kan.. Sy akan berikan sekadar yg termampu.. Maybe Allah belum kurniakan rezeki anak buat kami lg, supaya kami dpt berikan perhatian yg lebih untuk parents kami..

Bulan jun nnt nak bw parents in law g maraton 3 buah kenduri.. hehe.. cik abg ada job, so sy dengan ikhlasnya nak temankan parents in law sambil jd driver.. x sabar nak mkn kenuri neh walaupon tgh diet..haippp!

Ok, da di duu..

1 comment :

adik said...

yeah..I'm like to see my parents happy too..thanks k.ngah..(^^)