Wednesday, March 16, 2011

Cukai terlebih bayar RM91.16

Salam frenzz,
Hari ini sy dah tunaikan tanggungjawab saya sebagai salah seorang warganegara Malaysia.. Ini bukan cerita mengundi yer, tapi ni cerita bayar cukai untuk tahun taksiran 2010.. even date akhir penghantaran  lambat lagi iaitu sebelum 30 April 2011. Baik hantar awal-awal kan, last minute nanti line slow le, traffic le, macam-macam lagi kan.. Kalau hantar selepas tarikh td, maka anda akan dikenakan penalti.. so, apalagi kawan2.. isi dan hantar cepat.. gunalah e-filing, MUDAH, TEPAT & SELAMAT.. heheh


Yang bestnya selepas dikira cukai pendapatan bagi tahun 2010 dan ditolak dengan tuntutan rebat, nampaknya lembaga hasil dalam negeri (LHDN) kena bayar saya RM91.16. Cukup la kan. Tahun lepas sy kena topup cukai kena dibayar sebanyak RM40++.. So, rasa seronok la bila tahun ni dapat balik walaupon amount nyer ciput ajer.. hehhe.. kawan saya dapat cukai terlebih bayar hampir RM500.. huh, jeles ok!!



Tak pasti pulak berapa lama masa yang akan diambil untuk dapat tax refund ni, tapi ikut dari pengalaman kawan, dalam masa 2 bulan da ada yang dapat da..

Sebab-sebab saya dapat cukai terlebih bayar tahun ini
~ pelepasan cukai individu yg diberi secara automatik da meningkat tahun ni.. tahun lepas RM8k.. tahun ni RM9k..
~ Pembelian buku and majalah.. antaranya majalah wanita, personal money, impiana, anjung seri, buku motivasi
~ Beli komputer peribadi (pelepasan sebanyak RM3000 untuk 3 tahun)
~ Langganan perkhidmatan internet jalur lebar
~ Pembelian peralatan sukan, beli raket ngan bulu tangkis =)
~ Insurans nyawa dan KWSP
~ Rebat cukai individu  dan zakat/fitrah

So, pada kawan2 yang masih blom submit BE Form, selamat ber e-filing (^______^)

*****baru perasan, majalah2 Pa&Ma ngan buku2 hamil tahun 2009 sy tak masukkan dlm pelepasan cukai tahun tu.. urghhhh, rugi2..

No comments :