Sunday, June 9, 2013

our 4th wedding anniversary

6/6/13 genaplah empat tahun pwrkahwinan kami. Masih berdua. Masih TTC. Doakan kami :)

Sempena anniversary, daku da plan nak wat candle lite dinner dan photoshoot berdua. Mula-mula fikir nak candle lite dinner kat hotel dan bergambar di studio. Pulun cari hotel dan studio tapi tetiba datang idea nak buat dirumah. So, inilah hasilnya. Perfect. Daku suka. Cuma next time cuba untuk masak sendiri yer.. hehe

Tuesday, May 21, 2013

Amalkan cara hidup sihat

Salam..
Ecewahhh.. baru pegi gym 3-4 kali da buat tajuk gempak mcm da pegi selalu kan.. hee. ok, hari ni dapat email dari HR ttg benefit revised di bwh flexi well plan.. bagi daku, gamuda sangat menjaga kebajikan pekerjanya.. nak resign pon sayang.. haha.. ok, salah satu benefit yang terkandung di dlm plan tu adalah gamudian boleh claim balik apa2 class yg dia attend, cth gym, tai chi, golf, swimming lesson dan lain2 lagi.. menarik kan. so, boleh la register jd member terus kat gym tu.

Balik rumah, rasa lapar pulak. Ingat nak puasa esok. Jd, inilah menu sahur daku.

Setakat itu dl. Nunite

Monday, May 20, 2013

Goodbye Khairul

Salam.
Daku bekerja di Gamuda Engineering dan di'seconded'kan ke Mmc-Gamuda Joint Venture untuk projek pembinaan landasan keretapi berkembar dari Ipoh ke Padang Besar. Since awal tahun 2008 daku ditempatkan di site Alor Setar. Ekceli daku yg mintak site sini sbb ex-bf yang kini da jadi en somi org Kedah.. heee.. nampak x permainan dia. haha.. okeh, memandangkan projek pon da nak sampai ke penghujung, maka sorang demi sorang la yg akan dihantar balik ke KL.. ada yang suka, ada jugak la yang x suka.. dan yang pastinya insan yg x suka tu daku la orangnya.. uwaaaa.. ok2.. hal tu kita pk kemudian.. ;)

So, harini kami account dpmt buat farewell untuk khairul sbb dia da dapat pindah ke MRT projek.. ha, dia ni memang bersungguh2 nak balik kl. Seronok la tu kan da dapat. 5 tahun jugak la kami kat sini kerja sama2.. QS ngan account dpmt kan saling memerlukan. ok, Semoga khairul terus berjaya dalam kerjaya dia. Dan semoga kita akan berjumpa lagi. InsyaAllah.

jom layan pices kami di kenny rogers alor setar

Sunday, May 19, 2013

Ubahsuai rumah

Salam
Mlm ni kemas2 bwh coffee table, ada memcm bil2 dan document yang masih belum difailkan. So, bila ternampak resit2 ubahsuai rumah terfikir plak untuk dicoretkan disini.. Dlm diari pon hangat2 tahi ayam je. awal tahun je rajin pastu ilang tah kemana.. heee..

okeh, di bwh ini adalah kos2 yg dibelanjakan untuk menghasilkan ruang porch yang selesa :)

Tembok kanan (share) - rm600
Awning                            -rm1800
Tembok kiri dan simen
lantai                              -rm2000
Tile porch                        -rm4000
Pagar lipat 4                  -rm2400

whoaaa, byk jugak la bagi org yang tak berduit seperti kami ni.. hampir rm11k. So far, puas hati laaa.. Dan secara jujurnya, daku berpuashati dengan hasil kerja org cina. Kalau boleh mmg daku nak sangat membantu bangsaku sendiri tapi dari pengalaman sendiri jugak daku terpaksa mengakui yang hasil kerja bangsa lain jauh lbh berbaloi dan memuaskan hati walaupon mungkin sedikit mahal.

Okeh. Itu ajer..

#Throwback My Birthday @300313

Cuaca panas dan kering

Salam,
Untuk pengetahuan, cuaca panas dan kering yang berlaku di negara kita sekarang akan berlarutan sehingga September ni mengikut Jabatan Meterologi Malaysia (JMM).. Ini bermakna bulan Ramadhan yang akan kita tempuhi hanya beberapa bulan je lagi berada dalam tempoh tersebut.. So, persediaan dari segi mental dan fizikal kena la kuat kan..

Sebut pasal cuaca ni, last week daku dan en somi tak dapat tidur dengan lena gara2 kepanasan.. Asik-asik tersedar..sebelum tidur, da mandi dulu tapi masuk je bilik, tudia peluh mencurah-curah.. Berpeluh sampai ke pagi.. Mandi pagi2 air pon terasa panas.. Dalam rumah berkuap, dok kat luar pon berkuap. Berbahang je rasa... Fikir punya fikir dan dengar berita yang cuaca panas ni berpanjangan, daku dan en somi pon apalagi.. terus terfikir nak pasang air cond. Lepas kerja hari rabu, da xde nye nak buat ot terus balik rumah, amik en somi dan terus kelaur. kami survey beberapa kedai aircond, dan akhirnya kami memilih aircond berjenama York 1.5HP.. petang khamis diorg datang install, stgh jam je da siap.. harga termasuk pemasangan adalah RM1300.

Alhamdulillah, now da boleh tidur dengan lena sepanjang malam. Siapkan duit nak bayar bil setiap bulan je la..


Saturday, May 18, 2013

Cerita rumah dan kehidupan

Salam
Hari ni hari sabtu.. bermalas-malasan di rumah stlh stgh hari kerja pagi.. dont know sampai bila kena keja sekerat hari camni.. sangat teringin untuk cuti 2 hari setiap minggu.. sure heaven kan.. da tahun ketujuh rupanya disini.. whoaaa.. bayangkan.. lamanya daku bekerja 5 hari setongah seminggu.. dan sangat susah untuk amik cuti lama berdua2an dengan en somi.. yelahh, sorg cuti jumaat sabtu, sorg lagi cuti stgh hari di hari sabtu dan hari ahad... kalau nak ke mana2 sure salah sorg kena amik cuti.. kalau nak ikut cuti en somi, daku kena la amik cuti sehari stgh yakni hari jumaat dan sabtu.. kalo nak ikut cuti daku, en somi kena la amik cuti hari ahad.. sadisssnyee..

Ok, now daku dlm proses beli rumah keduaku.. Alhamdulillah, loan pon da lepas.. Pihak bank da courier offer letter dan daku kena sign and hantar semula kat dorg.. rumah yang daku beli kat KL nun, so terpaksa la main pos2 kan.. tapi, maybe dlm ms terdekat ni daku kena gak turun KL sbb nak sign lawyer agreement antara daku dan pihak bank.. da settle sume, sekali lagi kena ke sana untuk ambil kunci rumah.. boleh la nak ber "yeayyyyy".. akhirnya, tercapai hasratku untuk beli rumah kedua.. rumah ketiga? owh.. yang ni tak tahulah bila boleh beli sbb untuk rumah ketiga, bank hanya akan bg loan setakat 70%.. deposit sbyk 30% adalah dr poket kita ye.. akaun kedua KWSP pon hanya untuk rumah pertama sahaja.. so, simpan je la hasrat murni itu dl.. mana tau ada rezeki terpijak nnt, boleh la fikirkan semula.. :)

En Somi pon sedang survey jugak rumah area Taman Mahsuri, Jitra.. moga ada rezeki dia untuk beli rumah di kawasan tersebut.. Tmn Mahsuri tu sgt strategik dan sangat sesuai untuk buat pelaburan masa hadapan.. 

Ok, sedar x sedar da nak masuk bulan 6 lagi 2 minggu je lagi.. bulan yang sangat2 bermakna untuk kami berdua.. tanggal 6/6 nanti genaplah usia 4 tahun perkahwinan kami.. pelbagai pahit manis kami kecapi dalam tempoh tersebut.. masih menanti kehadiran cahayamata setelah dua kali keguguran.. akhir tahun 2009 dan awal tahun 2013 adalah saat sedih yg daku dan en somi lalui bila kandungan daku disahkan gugur.. Allah masih menyimpan nikmat untuk kami berdua bergelar ibu bapa.. InsyaAllah, one day.. pastinya masa itu akan tiba.. tolong doakan ye kawan2..

So, sempena bulan ulangtahun perkahwinan, sekali lagi kami akan ke Sabah pd pertengahan bulan 6.. mula2 plan ke krabi, pastu ke Bali dan akhirnya Sabah yang jadi pilihan.. hahaha.. insyaAllah, tempat2 tu next holiday lah.. since en somi pon da berjaya lepaskan diri dari blaclist ptptn, pastinya percutian luar negara akan tercatat dalam wishlist kami nanti..

Daku book airasia bulan 5, dan akan fly bulan 6.. daku lebih suka mcm ni dr book bulan 1, fly bulan 12.. jauh kan tempoh dia.. sbb daku pon x tau apa akan terjadi dlm tempoh 12 bulan tu.. mana tau rezeki anak datang, x ke rugi book awal2.. tapi, mahal la sikit kan kalo book lewat2 camni..

Owh, daku sbnrnya tidak sabar untuk menikmati keindahan alam di dasar pantai manukan, sapi dan mamutik..bermain2 dengan ikan2 berwarna warni.. cant wait okeh.. this is the reason why sabah jadi pilihan.. i love snorkeling.. and u know what, daku da pon beli waterproof camera.. heeee... semangat tak!

Dan... satu lagi tempat yang daku teringin sangat nak pegi adalah...UMRAH.. sangat berkobar2 dah ni cuma kewangan masih belum mencukupi.. daku memasang angan2 untuk pegi tahun depan.. semoga impian daku tercapai.. lps balik Sabah ni kena start menabung dan menabung sampai cukup.. doakan jugak ye kawan2.. Amin Amin Ya Rabb..

Till then.. babai..