Sunday, February 27, 2011

Tag

1. Adakah anda rasa HOT?
Mmg sy rs hot sbb skang kan musim panas, kat umah ni ada kipas je.. aircond x dak.. so,mmg HOT laa..

2. Upload Wallpaper PC/Laptop yang anda guna sekarang!











3. Cerita pasal gambar wallpaper tue.
Sy baru jer tukar wallpaper ke gambar ni pas upload gbr2 percutian kami ke sabah baru2 nie.. gbr ni adalah kami dgn berlatarbelakngkan Manukan Island yg sangat canteeekkk.. 'mat saleh' yg offer amikkan gbr kami berdua ni.. dia kesian agaknya.. tp, cantek kan view ni :p

4. Bila kali terakhir anda makan pizza?
Rsnya bln Nov 2009.. subcon Keller yg belanja.. kalo harap sendiri pegi alamat berjanggut laa... x suka sgt pizza nie, lbh suka KFC n McD :)

5. Lagu terakhir anda dengar.
Warkah buat kekasih.. br je dgr jap td sbb tgk blog En Hubby yg wat sounttrack lg ni.. sempat la menyanyi beria bagai sbb ingat nnt nak ajak En Hubby karaoke lg nie.. kuikuikui...

6. Apa yang anda tengah buat selain menyelesaikan tag ini?
Tengok melodi sambil tunggu kain siap di basuh.. hari ni kan ahad, En Hubby keje.. bila sorg2 ini2 ajelah kejenya...

7. Selain nama anda sendiri, anda dipanggil apa?
Kat rumah or sanak sedara blah sy panggil kakngah, En Hubby panggil ayang, kwn2 ada panggil sarimah, iema, cimah, imah, cimot.. hahaha.. cimot tu kwn ms dok asrama panggil.. so, kalo ada org tegur ngan guna nama tu kat Facebook, i can recognize them la..

8. Tag lagi 3 orang.
-KerOhaiyo
-Ahmad Fauzy
-Afat Alfredo

9. Siapakah orang no 1 kepada anda?
Dia ialah suamiku.. euwwwww!!

10. Katakan sesuatu mengenai orang no 3.
Erm, org no 3 ni adalh kwn kepada org No 2 da dan org no 1.. kekkeke (sng giler)

11. No 2 ada hubungan dengan siapa?
Setau sy org no 2 ada hubungan dgn  gadis ini :)

12. Persamaan antara kambing dan lembu.
Dua2 berbulu dan berkaki empat

13. Aktiviti anda bila ada ms free
Facebook, facebook n facebook.. bosan giler dowhhhh!!!

14. Anda 5 tahun akan datang.
Sempurna hidupnya.. =)

15. Perasaan anda buat tag ni.
Suka2 je sbb nak bg happening sket dlm berblogging.. leh bc cerita mereka yg kena tag tue :p

Saturday, February 26, 2011

Sabah-Day 1 and Day 2

Hooolaaaaa.....
Salam namaste..  =)
Nak cerita ttg percutian sy last week..
Kami gerak dr Alor Setar lbh kurg jam 2.30ptg dan sampai di rumah kazen kat Penang around 4.30pm.. sempat la pekena laksa sepinggan br bergerak ke Airport... sy buat kalut plak sbb ingat flight jam 7.15pm, ms sampai airport tu da jam 6pm.. sbb kekalutan sy tu sampai tertinggal la tripod kamera dlm kete kazen.. check kat airasia rupanya flight jam 7.40pm.. haihhhh, rugi la tertinggal tripod.. kami ni jns berat mulut sket nak mintak org amikkan gbr kami.. huhu..

Perjalanan 2 jam 45 minit dlm flight adalah ms yg sgt membosankan... da naik flight mlm, mmg bosan laa kan.. x tau nak buat apa.. nak tdo x bleh, nak tgk  luar mmg x nampak apa laaa... katalog2 n magazine abeh da baca... pendek kata, mmg bosan laa...

Sampai je kat bumi sabah, untuk mereka2 yg lahir di negeri bkn Sabah n Sarawak, kita perlu mendapatkan pas sementara drpd pihak imegresen sana.. pas tu kena pulangkan semula bl kita nak balik nnt... da mcm bkn negara sendiri plak kan.. hehe

ok, pas semua selesai n luggage pon da amik, kami ke ruang ketibaan.. nasib baik before naik flight td sy da kol hotel untuk konpemkan transport.. so, ms sampai tu sy da ternampak sorg mamat ni pegang kertas A4 tertulis nama saya.. hehhe.. driver Hotel Crown Borneo Hotel... mlm tu check in terus tdo.. kiranya hotel ni juz untuk tdo mlm tu jer..esoknya da nak ke Kundasang...

Hari kedua kami di Sabah.. sy da book kereta Myvi (A) untuk transport kami kat Sabah.. sepatutnya En Kamil antar kereta tu jam 10 tp sbb kebetulan dia da lalu area hotel dia antar awal sejam.. En Kamil ni baik orgnya, sesapa yg nak pegi Sabah bolehla dapatkan kereta sewa dr dia... kami sewa kereta Myvi ni dgn harga RM120 sehari, biasanya harga dalam RM150-RM170.. kami sewa kereta tu untuk 2 hari... mmg puas hati laa...

Map ni sentiasa di tgn ok...

Kereta sewa
Slps check out dr The Crown Borneo Hotel, kami pon memulakan perjlnn ke Kundasang... dgn berpandukan map yg sy da ambil kat airport tu dan juga drpd pembacaan blog2 mereka yg da pegi ke Sabah, ia mmg sgt2 membantu... for info, signboard x dak tulis "to mount kinabalu" atau "kundasang" ye ms kat Kota Kinabalu.. so, kena la ikut signboard Kudat... bila da sampai Tuaran, br nampak signboard ke Kundasang.. ikut je, nnt akan jumpa Kinabalu Park.. ni la pintu masuk untuk mereka2 yg nak daki Gunung Kinabalu.. nak masuk cnie kena bayar sorg RM3.. di Kinabalu Park ni sempat la bergambar2 dgn latarbelakang Gunung Kinabalu... tp, nampak sipi2 jer la sbb gunung ni agak malu2 untuk tunjukkan rupanya.. huhu...

Pintu masuk pendakian ke Gunung Kinabalu

Sipi2 jer nampak kan gunung tue..
Tiket masuk ke Kinabalu Park ni simpan ok.. kalo anda pegi ke Poring Hot Spring yg juga merupakan Kinabalu Park, juz present tiket tu jer.. sy da lupa benda ni yg pnh sy bc kat blog seseorg, kami terbeli tiket baru.. tgk2 sama, alahaiii rugi RM6...

Turun dr Kinabalu Park, terus ke Kinabalu Pine Resort.. ramai yg stay kat resort ni sbb view dia sgt cantek cuma nasib kami kurang baik sikit la coz kabus tebal, so view gunung kinabalu dr resort ni x nampak laa... nasib persekitaran resort ni cantek, penuh tanaman pokok pine.. so, byk gak la tempat menarik untuk bergambar... Kinabalu Pine Resort ni sy da book sbln before pegi dgn harga RM180 termasuk dinner dan breakfast.. so far, puas hati... mknn sgt byk ok.. walaupon 2 pax tp 5 org pon cukup..

Slps lunch and rehat2 kejap, kami ke Poring Hot Spring di Ranau... kalo da pegi ke Kinabalu Park, pintu masuk daki Gunung Kinabalu tu, x yah beli tiket da kat Poring ni yerr... dlm tu, ada tempat mandi air panas, canopy walk, kebun kupu2 dll.. kami tgk gitu2 jerr sbb mmg x mau mnadi pon, then canopy walk tu x larat nak pegi sbb da pnh pegi kat Tmn Negara Pulau Pinang, kebun kupu2 plak da close ms kami pegi tue.. so, bergambar je laaa...

Ingat nak pegi ke Sungai yg ada Spa ikan tagal tu tp time gerak dr Poring tu pon da 5.30pm, rs2nya x sempat.. dr Poring ke tempat tu mungkin setgh jam lbh... kat Sabah ni jam 6 pon da gelap mcm jam 7 kat semenanjung... So, balik hotel berehat.. mknn dinner mmg superb.. =)

ni bkn menu utk mlm tu je tp menu spjg kami di Sabah.. yummy!!

Saturday, February 19, 2011

Memujuk suami bantu buat kerja rumah

Perkara paling utama ialah minta bantuan suami daripada awal perkahwinan. insyaAllah jika sejak mula anda telah biasakan suami anda membantu anda, takkan ada masalah lagi di belakang hari. Masalahnya, ramai isteri yang nak tunjuk hebat pada awal perkahwinan. Semua dia nak buat, suami nak tolong tak dibenarkan. Bila dah lama, dah ada anak atau anak-anak, suami yang dah terbiasa ‘order saja’, sukarlah nak ubah perangai. Saya faham dan tahu niat baik anda, nak jadi seorang isteri yang solehah. Jadilah, saya tak larang malah saya sokong tapi kenalah bijak mengatur cara. Seorang klien pernah mengadu, dia dah terbiasa manjakan suami hatta kalau nak pergi atau balik kerja, suami hanya duduk di sofa dan lunjurkan kaki, isteri yang akan pakaikan dan tanggalkan stoking. Nak minum air pula, tak cukup letak cawan di meja, kena hulurkan kepada suami. Bila dah ada bayi, sikap suami masih sama. Bayangkanlah kekalutan si isteri.

Lantas, kepada isteri yang masih baru memasuki gerbang rumahtangga, jangan manjakan suami anda dalam kerja-kerja rumah. Terus terang, saya sendiri tika awal perkahwinan, jarang sangat nak hidangkan minuman untuk suami kecuali jika kami minum bersama. Kebiasaannya, saya hanya akan sediakan minuman dan tinggalkan di dapur. Saya akan beritahu suami, nanti kalau nak minum, dia akan ambil sendiri. Tika awal perkahwinan pula, kami belum ada mesin basuh baju. Jadi, kami sepakat untuk cuci baju sendiri. Memasak pula, ada gilirannya hinggakan suami yang hanya tahu goreng telur dadar, dah pandai masak kari dan sambal.

Saya bukan ‘queen control’ tapi sebagai seorang isteri yang bekerja, saya perlu lakukan semua itu. Alhamdulillah, agaknya sebab suami pun dah biasa daripada awal, dah tak banyak la kerenahnya. Ye lah, awal-awal kahwin masih tinggi cintanya, takkan nak melenting dek kerana kena buat kerja-kerja rumah. Padahal semua kerja-kerja tu adalah kerja-kerja biasa yang juga dilakukan oleh seorang lelaki bujang kan? Ingat!! Mempunyai isteri bukan bermaksud anda mempunyai pembantu rumah.

Cara paling baik nak minta suami tolong anda ialah dengan meminta suami menemankan anda melakukan kerja-kerja tersebut. Sebagai contoh, ketika sama-sama penat sampai ke rumah daripada tempat kerja, ajaklah suami temankan anda di dapur untuk memasak. Mungkin suami anda akan mengelak sebab nak rehat sambil membaca akhbar atau menonton televisyen. Jangan marah dulu. Pujuk dengan lembut. Anda boleh cakapkan ada cerita menarik yang anda nak kongsi dengannya ketika itu juga. Jika itu alasan anda, pastikan anda benar-benar mempunyai cerita menarik.

Jika anda nak lipat baju, bawa baju-baju tersebut ke tempat di mana suami anda berada, selalunya sebelah malam di depan televisyen lah kan. Dalam anda melakukan kerja-kerja tersebut, luahkan rasa penat anda dan luahkan juga keseronokan anda jika suami anda dapat membantu. Jika suami masih pura-pura tak dengar, tika inilah anda perlu cakap terus terang, minta suami anda membantu anda. Nak minta suami bantu anda pula, kenalah secara berhikmah. Ingat!! Jangan mendesak atau mengarah!! Suami memang pantang menerima arahan isteri. Sebaliknya mulakan dengan perkataan “tolong” dan ucapan dalam nada yang lembut, seakan-akan merayu. Kalau guna perkataan tolong tapi dengan nada yang keras, takkan berkesan. Bimbang nanti anda pula ditempiknya.

Kepada isteri yang telah terbiasa melakukan segalanya seorang diri, jangan bimbang. Anda boleh mulakan daripada sekarang. Cara paling baik, luahkan hasrat hati anda yang pasti seronok jika suami dapat bantu anda uruskan rumahtangga seperti pasangan lain yang dah bersama melakukannya. Bila nak luah? Kata orang, masa paling baik ialah selepas sama-sama menyelesaikan hajat batin. Belai rambutnya, mainkan jari-jari di badannya dan cakaplah dalam nada suara yang lembut, mendayu dan merayu. Gunakan kuasa memikat anda sepenuhnya sampailah suami mengaku ‘YA’ akan tolong anda. Jika malam pertama gagal, cuba lagi malam esoknya dan jangan putus asa. Dalam masa yang sama, berdoa minta Allah lembutkan hati suami. Isteri suri rumah sepenuh masa pun boleh cuba lakukan yang sama, sekurang-kurangnya suami membantu anda waktu hujung minggu, dapat juga lah sesekali anda beristirehat.

Kepada para suami, tugas menguruskan rumahtangga dan anak-anak bukanlah tugas dan tanggungjawab isteri anda sahaja. Lakukanlah bersama-sama, insyaAllah akan bertambah semarak cinta.

Sunday, February 13, 2011

Panduan masuk rumah baru

Salam Namaste... =)
Hari ni ari ahad, sy cuti.. hubby plak keje.. kelebihan cuti ari ahad di kedah ni ialah kita boleh berurusan dgn pej2 kerajaan n syarikat2 yg ikut cuti di kedah.. so, arini dapat la sy setelkan keje2 berkaitan beli rumah tanpa perlu ambil cuti.. kul 9.30 keluar rumah terus g KWSP untuk print statement, then terus ke company pemaju untuk serahkan semua dokumen2 yg pemaju nak tue.. dan jugak serahkan deposit RM1000..

Kak ani (pemaju) ckp kalo semua bejalan lancar n loan lulus, dlm bln 3 kami da boleh masuk rumah baru.. bestnya.. x sabar nak dok rumah sendiri.. keluarkan duit bln2 x der la rs rugi mcm dok umah sewa skang nie.. so, sy pon apa lagi... dok google la carik panduan n tips masuk rumah baru nie... banyak duit ooo kena ada untuk pindah rumah... bg sy yg penting sekali pasang grill rumah untuk keselamatan.. then, msk elektrik n air.. ermmm, sng citer kite refer kat link ni laaa... http://pangsenam.blogspot.com/2008/08/panduan-masuk-rumah-baru-cara-saya.html bajet yg ada dlm link ni mungkin berbeza yer, coz ms dia citer tu taon 2008, skang da taon 2011 ok.. harga besi mmg la mahal skang nie... kena sediakan duit byk la before pindah...

Countdown : Act, da x dak mood da nak countdown sbb x sure lg leh p Sabah ke x.. huhu... kalo ikutkan tinggal 6 hari je lg.. boss JPN, lepaskan lah suamiku untuk pergu bercuti... uwaaaaaa!!!

Friday, February 11, 2011

Angpow n mkn besar

Minggu ni sy dapat 2 angpow... Mcm biasa, tiap2 tahun comp akan bg angpow RM10.. tp, yg bestnya taon ni buat pertama kalinya my boss bg angpow kat staff dia.. sorg RM50.. fuh, syookk tak terhingga la.. hahaha..kawan2 yg blom kawin lg best, lg byk dpt angpow.. haiissshh, jeles i tau.. hehe

Disebabkan balik keje smlm sy x masak, mr hubby pon ajak la mkn kat Rasamas, Tesco.. lagipon, voucher rasamas yg banyak tu x guna lagik.. Apalagi, terus zooom ke tesco.. perut pon da lapar ms tue... so, pas tgk2 voucher tu kami pon serah la 2 voucher kat waiter.. tunggu punya tunggu n jeng jeng jeng... da sampaiiii
 

Kenyang x hengat.. Alhamdulillah.. rezeki... (^_^)

Thursday, February 10, 2011

Berita x best untuk didengar

Smlm pas hubby balik keja, dia bw berita yg sangat x best untuk didengar.. dengan hanya tinggal 10 hari lg untuk ke Sabah, dia dapat surat yang cuti dibekukan dari 19hb Feb sampai 26hb Feb... sbbnya JPN ada tugasan untuk mewarganegarakan org2 india yg datang ntah dari pelusuk mana... nampak cam senang jer org2 asing ni untuk dapat warganegara skang ni.. lm2 rsnya Melayu bleh jadi kaum minoriti plak... da la semakin lama keistimewaan orang melayu dipertikaikan haknya...

Risaunya saya... da la percutian kami dari 19hb - 23hb.. kenapa la time tu jugak diorang wat benda tue.. haihhhh, kebetulan sungguh.. lama kot kitorg tunggu since bln 7 taon lps punya booking... alih2, tinggal lg 10 dapat plak berita nie... hangin jer rs semalam... huhu...

Hubby nak jumpa Timbalan Pengarah untuk dapat pelepasan tp dia plak p Sabah.. kena tunggu dia balik la plak.. harap2 dapat la pelepasan tu... sy nak p Sabah jugak2... huhu.. da la flight n accomodation da booking... harap semuanya berjalan lancar...... :(

Wednesday, February 9, 2011

Rumah - Step 1

Okeh, nak citer progress beli rumah.. Smlm, g jumpa Kak Ani (Pemaju Tirai Makmur Sdn Bhd)... Dlm pertemuan tersebut (cewahh, formal giler), kak ani da tunjukkan lot2 rumah yg belum terjual.. untuk rumah yang sy nak tu ada dlm 8 unit yg belum terjual.. so, dlm senarai tu sy x pasti lg nak beli yang mn.. sabtu ni la ingat nak round2 kwsn perumahan tu n carik yang mn rasa2 strategik sket... kalau boleh nak beli yang rumah yang kiri kanan da ada org duduk... takut dok sblh rumah kosong.. huhu..

Kalau jadik nak beli, sy kena sertakan dokumen2 berikut :
~Salinan IC
~Slip gaji 3 bulan
~Penyata KWSP terkini
~Surat pengesahan jawatan dari majikan
~Deposit RM1000
Lain2 pemaju uruskan... lawyer pon kena amik lawyer pemaju.. oklah, sng sket dari beli rumah sub sale kan...

So, sabtu ni g pilih rumah.. harini atau esok buat surat pengesahan dari majikan.. slip gaji da ada.. ahad g KWSP print statement n antar semua doc kepada pemaju... Then, wait n see... =)

Countdown : 10 hari lagi nak g Sabah bah... 

Sunday, February 6, 2011

2 days 1 nite @ Langkawi

CNY ari tu sy, hubby n frenz g Langkawi.. kami x jadik balik kg, so we decided to go holiday.. yg x sangkanya, ramai giler org g bercuti ke Langkawi.. maybe sbb cuti panjang kan, so sume org amik peluang tu untuk bercuti bersama2 keluarga...

Kami pegi ke Langkawi tanpa book transport n hotel.. maklumla, last minutes planning... a nite before da kol member2 pon, sume ckp kebanyakkan da fully booked.. so redah je la.. feri jam 12.30 sampai Langkawi lbh kurang jam 1.30 tengahari... carik transport, tanya2 suma ckp da abes.. huhu.. accomodation pon sama... dlm 2.30 akhirnya kami dpt jugak transport.. MPV 6 seats Mazna apa ntah.. naik jer... harga RM200/day... okla, selesa... then, misi mencari tpt tinggal... yg ni giler susah... ulang alik dr kuah ke cenang, ke kuah semula, ke cenang balik.. kuah lg... hahha.. dr hotel ke resort ke motel ke rumah tumpangan.. sume habis ok.. drive punya drive sampai la ke satu kwsn ni yg mlm tu x pasti kat mn.. nampak signboard tulis open to public.. hah, cuba la.. luckily, satu apartment 2 bilik ni ada org cancell untuk mlm tu... Alhamdulillah.. ms tu da jam 8 lbh kalo  salah.. lama oooo cari acco.. hampir stgh ari mencari... abeh plan nak nek cable car...

bilik @ TM Resort

ini lah ketenye
 Rehat kejap, then kuar ke Kuah semula.. nak mkn n jln2 kat Dataran Helang... sampai pon dah jam 10 lbh... mkn2 n dlm kul 12 kami ke Dataran Helang untuk bergambar.. sampai2 ja situ, sume lampu da dipadamkan... hohoho.. plan x jadik lg.. x patut betul.. da nama pon cuti panjang n ramai pelancong, extend la tutup lampu tu lambat sket... aduyaiiii..
mkn2 @ Pekan Kuah

cian kat kami semo.. x sempat bergamabq kat helang besaq tue.. huhu
Pagi tu, bgn2 tgk kat luar kete da penuh di spjg jalan masuk ke TM resort nie.. rupanya resort ni dekat ngan Awana Porto Malai.. di blkg resort ni pantai.. kete2 yg byk tu sbb dorg parking untuk g Island Hoping... waktu mlm tempat ni sunyi sgt, mcm menyeramkan pon ada sbb lampu x byk n suram plak tu.. tp, siang happening tul...
me....
bersiap2 nak check out

Wednesday, February 2, 2011

Maafkan sy :(

Maafkan sy.. x dak maksud untuk melarikan diri or menyalahkan sesiapa.. tp, buat ms ni sy x bersedia untuk bersemuka or berjumpa sesiapa yg boleh membuatkan sy tertekan... biarlah sy tenangkan diri terlebih dahulu

Tuesday, February 1, 2011

Tabahkan hatiku Ya Allah

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku muslimah yang disenangi
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi Muslimah yg Solehah

Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi seorang insan yang dirahmati
Insan yang dikasihi
Insan yang solehah
Insan yang sentiasa dihati