Wednesday, August 24, 2011

Dugaan ramadan

Assalamualaikum..
Dugaan untuk sy di bulan Ramadan ni..on the way datang kerja pagi tadi kereta viva sy telah dihemtam dr belakang oleh Alza Putih.. terkejut!!  ms dgr geseran tayar dengan jln tu dlm hati dah kata dah "abeslah kete aku" dan lps tu terus dengar "kedegang"... terus bg signal kanan n berhenti, keluar dari kereta... owner Alza pon keluar jugak... dengar bunyi td macam da kemik teruk tp alhamdulillah cuma calar-calar je.. sy pon senyum je kat kakak tu and kata "x pe la kak, calar sikit je"... sungguh bagus mood sy pagi ini... kakak tu pon nampak macam risau je..

Masuk kereta dan teruskan perjalanan ke pejabat, tapi ada rasa lain.. ada bunyi kat bahagian belakang.. dalam hati "aduh, bumper kete jatuh ke".. sampai office check, rupanya bumper blkg rapat ke tayar... mintak tolong pakcik driver tengokkan.. dia tarik keluarkan sikit.. ok lah kot.. yg penting x nak la RM melayang nak dekat2 raya ni.. kalo x, sy claim jugak la kat kakak tu.. sy x terfikir pon nak amik no telefon... tapi sy ingat jenis kereta, warna dan no plat.. x pe la, pengajaran kat sy, kalo jadik macam tu, sila ambil no telefon orang tu.... X pe lah, benda dah nak jadi kan.. calar-calar tu biasalah kalo ada kereta ni.. xnak calar, simpan kat rumah je laa.... hehhehe...

Wowiieee, lagi 6 hari nak raya.. kerja banyak tapi malas sgt.. sbb x sabar nak cuti.. :)

Monday, August 22, 2011

Wahai hati.. tabahlah :(

 Bismillahirrahmanirrahim...

(    Untuk renungan diri sendiri yg sedang bersedih :(    )

"Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari,
 DIA datangkan hujan petir. 
Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari,
 rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah"

Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.

Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.

Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.

Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.

Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.

Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!

Artike dari : iluvislam

Saturday, August 20, 2011

Iftar

Salam,
Minggu ni beberapa kali jugak makan kat luar.. Biasala kan, da minggu2 terakhir ni biasanya kedai-kedai makan pon semakin penuh sebab maybe ramai yang dah tak tahu nak masak apa kat rumah & mungkin jugak ramai yg sibuk shopping dan terus berbuka di luar...

Kami pulak, selepas makan kat Kenny Rogers hari tu, keesokkannya 17/08 saya attend invitation SubCon untuk berbuka puasa di Hotel Holiday Villa... Yang bestnya kerja bahagian account ni, kalo ada subcon nak belanja makan je, surely account dept akan dijemput.. Al-maklumlah kami yang buat payment untuk diorang kan... Tapi, since da kawin ni takde la saya nak pergi semua kan.. Sekali ni je la saya pergi... Tu pon, nasib baik sebelah Holiday Villa ada McD...sy makan di hotel sementara en Suami makan McD.. hahah.. nasib baik ada kawan dia temankan.. kalo tak, tak sampai hati jugak saya nak tinggalkan en Suami kat situ sorg-sorg...kalo takde kawan dia, mungkin sy pon makan McD.. hehe..


18/08/11 pulak, office buat jamuan berbuka puasa di Storeyard datuk Kumbar... kali ni boleh bawa family, so saya ganti la semula rasa bersalah tinggalkan en Suami semalam.. hehehe... kamera tak bawa, malas pulak nak bawak kamera besar gedabak tu, nasib baik la ada orang nak ambil gambar kami.... hehe..

Today 20/08 ada makan-makan ngan member2 en Suami.. ada org naik pangkat nak belanja makan... hahaha.. tempat belum finalized lagi.. semalam bincang2 nak ke Kuala Perlis tapi tak tau la jadi ke tak.. skang malam2 asyik hujan je kan... hrrnn, ekceli... kami tak kisah pon.. ikut je la diorang nak pergi mana...  hehe.. nnt saya udate lain... till then, daaa

Wednesday, August 17, 2011

Rezeki ramadhan

Salam Nuzul Quran,
Alhamdulillah, semalam dapat letter dr HR, tajuk letter tu Mid Year Review...rezeki ramadhan yang x disangka2... Allah beri kita rezeki dlm pelbagai bentuk kan... walaupon sy masin mengharapkan miracle berlaku dlm hidup sy... rezeki yg sy sgt impi2kan iaitu bergelar seorang ibu... tapi, rezeki yg sy terima smlm sy terima dengan tangan terbuka.. bersukur di atas pemberianNya... terima kasih Ya Allah... basic gaji sy naik lagi affected 1st July, so arrears tu akan dikreditkan sekali ngan gaji bulan 8.. Alhamdulillah... lega sikit sbb leh tambah2 untuk perispaan raya ni...

So, smlm ajak en Suami g berbuka kat Kenny Rogers..:)

Untuk my bff, Sakinah Ishak.. congratulation!! jgn kandungan anda elok2 okeh.. im happy for u... dokan sy juga...

Tuesday, August 16, 2011

Menu buka puasa hari ni

Salam...
Hari ke 15 baru nak tunjuk menu buka puasa... hehhe.. hari ni baru rasa rajin sikit.. selama 15 hari puasa ni, sy baru sekali pergi bazar ramadhan.. sekali pergi tu beli pulak makanan x best... sy beli laksa tp x sedap.. x kena langsung ngan selera sy padahal sy minat laksa.. orang yg buat tu buat x sedap.. huhu.. en suami beli nasi beriani pon x sedap... tawar.. tau la bulan posa tp dorang ni kan da biasa berniaga, harus la da terel.. x payah rasa pon da boleh tau kan... selainnya saya masak n mak mertua bekalkan lauk, sy just masak nasi :)..

Menu kami hari ni..
Bakar ayam dlm umah je.. hehhe
en suami punya tugas.. hehe
simple tp cukup heaven la utk kami yg dok 2 org ni.. hahha
Mari dekat, mari dekat... kita fokus satu-satu yerr..

ayam & sosej bakar

tomyam ni perangat hari sblmnya punya.. jgn membazir okeh.. hehhe

sayur campur

air asam. (alamak, comot sikit, lupa nak lap.. hehhe)

bubur lambuk (ni en suami dapat msk berhenti kat  traffic light balik kije tadi... hahha)
Itu saja... Sekian =)

Monday, August 15, 2011

Kuih raya-edisi 1

Salam...
Hai alls.. Da setengah bulan kita berpuasa kan.. mmg skrg ni  rasa macam cepat sangat masa berlalu... pejam celik pejam celik da nak raya, pejam celik pejam celik da habis 2011... opsss, pls.. jgn terlalu cepat.. banyak lagi benda yg sy impikan belum tercapai... huhu..

Okeh, setengah bulan je lagi 1 syawal bakal menjelma.. apa persiapan anda?? kalau sy, baju raya ok, duit raya x ok lagi.. hahhaa... kuih raya?haaa,  kan oven da beli, haruslah tunjuk hasilnya... heheh.. sabtu petang sy n en suami ke kedai bahan-bahan buat kek kat Alor Setar, berhampiran ngan Stadium.. so, shopping la kami berdua.. nasib sy da tulis apa yang nak dibeli, sng sikit cari.. ramai tul org dlm kedai tu.. semua pakat nak start buat kuih raya dah... en suami la yg diberi tanggungjawab cari bahan2 ni.. dia lg handal dr sy.. hehehhe...


Esoknya, slps en suami pergi kerja, sy kemas rumah, basuh kain, sapu sampah & sidai baju... then, kuar kejap g pasar beli barang2 basah & sayur untuk seminggu... lps siap semua, baru la buat persiapan untuk buat kuih.. sy buat biskut ni ngan maria,, ada member x de la bosan sangat kan...siap buat 2 jenis biskut dalam kul 5 lbh.. haa, jom tgk biskut kami.. :)
cornflakes madu
biskut badam cintaku (nama boh sendiri) huahuahua...

Setelah dibahagi dua ngan maria... hehhe



Tuesday, August 9, 2011

Semangat raya

Salam, 
Selamat menjalani ibadah puasa untuk hari ke 9.. Wah, sekejap je kan ms berlalu.. tetiba nnt da tiba  hari raya..

Sebut pasal hari raya, sy sbnrnya da bersemangat nak sambut raya.. Al-maklumlah, kali pertama berpuasa dan akan beraya di rumah sendiri.. So, hari ni pegi C-Mart Jitra untuk beli benda ini

yess, ini oven.. sy da semangat waja untuk buat biskut raya ni... baru nak belajar2 buat...  harap2 menjadi... sambil buat sambil tgk resepi.. hehhe.. x kisah la kan, yg penting cuba dl.. selagi x cuba, selagi tu la x kan pandai...

Sementara nak tunggu bayar oven tu, en. suami ternampak plak benda ini...
Pelita raya =)
Kami beli empat pelita ni untuk letak kat depan rumah... semangat tak? semangat x? hahaha..


Singgah isi minyak kete, beli terus diesel untuk nyalakan pelita2 itu malam esok.. sy suka ^^ (mengalahkan kanak-kanak la plak).. kekekke
Ermmm, tetiba terfikir macam nak beli lampu 'lip lap' plak...haha

Okeh2, da lewat da.. esok nak bangun sahur plak.. takut terbabas mcm pg td, sedar2 da jam 6.40am... selamat malam semua dan jgn lupa bangun sahur.. daaa

Assalamualaikum..

Sunday, August 7, 2011

Kenduri masuk rumah + hubby's birthday

As-Salam...
Selamat menjalani ibadah puasa hari ketujuh.. semoga kita sentiasa di bawah lindunganNya.

Hari ni hari Ahad, En Suami sudah pergi kerja jam 7.35 am td.. so, aktiviti sy sorg2 pg ini adalah mengemas rumah dan mencuci pakaian... sementara tunggu pakaian dicuci, sempat la meng'update' blog sy yg da lama x di 'update' ni.. hehhe.. ekceli da lama nak update tp ada mslh nak transfer gambar ke laptop, dat's y sampai ke hari ni baru nak update.. baru hari ni berjaya transfer gambar.. rupa2nya battery kamera x cukup tenaga.. lps caj baru berjaya.. kekkee...

Okeh, cerita basi ni berlangsung seminggu yang lalu pada tarikh 30/7/2011.. saya dan en suami ada buat majlis bacaan yasin sempena masuk rumah baru.. kami juz jemput orang2 surau dan jiran2 berdekatan rumah kami..  kawan2 opis x jemput lg sbb kami plan nak buat openhouse selepas hari raya nanti... menu kami pada malam tu adalah mee goreng (tempah kat kedai mkn abg ipar), bihun tomyam (air tangan mak sy, import dr Beruas :p), karipap goreng (pak mertua beli dr kawan die), agar-agar (mak mertua buat), tembikai (ayah sy beli), rambutan (kwn pak mertua bagi) dan air sirap (air tangan saya).. hahahah...

itu my MIL... gambar diambil dr luar rumah
my adik n my MIL
tgh angkat kuah tomyam sempat lg bergmabar.. kekkee
susun atur menu..
 Itu je gambar yg sempat sy ambil sbb battery kamera da 'kong'.. huhu.. gambar jemputan2 kami pon x sempat nak ambil guna kamera henpon sbb segan.. hehe..

Alhamdulillah, perjalanan majlis berjln dengan lancar.. makanan cukup dan tidak membazir... Tercapai hasrat kami nak buat majlis ni di rumah baru kami ni.. Parent sy dari beruas pon datang hari sabtu tu.. Happy sangat2..

Dan, kebetulan hari yang sama adalah hari lahir my En Suami.. so, dalam sibuk2 tu mayb dia ingat sy tak plan apa2 la.. ptg tu sy msg his friend kalo diorg datang tolong beli kek.. so, mlm tu lepas mkn2, dorg keluarkan kek.. gambarnye x dak lg sbb guna kamera kawan.. nnt da dapat sy upload okeh!!