Saturday, March 31, 2012

Tgk bola di hari lahir

Bismillah,
Hadiah besday sy smlm hubby bw sy tgk bola kat Stadium Darul Aman.. Hubby (KEDAH) vs Isteri (PERAK).. inilah sebenarnya permintaah sy dari dia sempena besday sy.. hehe.. memula sy x kisah pon sape menang, tp bila separuh ms pertama perak ketinggalann 1-0 sy da mcm ''alaaaaa''.. ect, 1st half Perak main cantik la jugak.. tp, ms tambahan 1 minit sebelum tamat 1st half, Kedah berjaya menjaringkan gol.. Gegak gempita satu stadium yg majoritinye penyokong hijau kuning tu..

Since kawin baru kali ni sy dapat jejakkan kaki ke stadium.. risau sgt en hubby nak bw sy ke stadium.. katanya, org ramai la.. nnt ada adegan raba2 la.. haha.. bukannya dia x tahu zaman sy student U dl selalu ke stadium tengok bola.. walaupon tanpa seorang lelaki, sy ajak kwn perempuan teman sy g stadium Bukit Jalil untuk tengok perlawanan akhir Perak menentang Pulau Pinang... Then, sy penah jugak baru je sampai KL dari Perak, laju2 g jumpa bapa saudara (pakcik sy penyokong tegar Perak) and bekumpul ramai2 dgn Kelab Peminat Perak, kitorg gerak 2 biji bas g Stadium Perak untuk tegok bola.. haha.. baru je balik dr Perak da pegi balik.. kelakar plak kalo ingat... merata jugak la stadium sy pegi.. ms tu zaman kegemilangan Perak.. mau x semangat kau! hehe..

Ok, sambung game smlm.. 2nd half Perak dihukum pulak dengan kesilapan pertahanan Perak yg menjaringkan gol sendiri.. da la sy dok belakang gol tu.. haihhh, sakit pulak ati kite ni (tiru gaya Wawa adnan sempit ye) kali kedua stadium bergema dengan sorakan penyokong Kedah.. termasuk la en. hubby yg beria2 bangun buat ombak.. hahha... slps tu, penyerang Kedah sekali lagi mengjaringkan gol menjadikan angka 3-0.
Ok, itulah hadiah hari jadi sy... obsess sangat dgn angka 30 kan, dapat jaringan pon 3-0.. bermakna lengkap besday sy dengan angka 30.. hahaha.. besday 3003. umo 30. ambil kereta baru smlm jugak, no plat 3300.. tgk bola pon jaringan 3-0... kebetulan semuanya... :)

Thursday, March 29, 2012

Birthday 30 thn :)

Bismillah,
Alhamdulillah, esok 30/03/12 genapla umurku yg 30 tahun.. arini opismate buat surprise kat sy.. ye, kali ni mmg langsung x notice yg dorg nak buat suprise ni.. seriously, kenapa la boleh x perasan.. 2 ari lps dorg ckp arini ada subcon nak belanja.. sy mati2 percaya.. so, lunch td sume g uncle john.. tp, sy pelik jugak sebab org yg nak belanja tu x dtg.. sy tanya, then dorg ckp subcon juz bg duit.. ok, percaya! pas abes mkn, rileks2 jap tetiba dorg nyanyi n bw kek.. huhu.. speechless.. org uncle john pon pakat sekali.. adeiii! tq very much my luvly friends.. big hug to all of u.. :)

#angka 30 sgt bermakna taon ni.. lahir 3003.. umo 30.. keta dapat esok on my bithday.. no 3300.. hehe..

Monday, March 19, 2012

KDE 3300

Bismillah..
Ok, sedih nak bgtau no plat KDE3030 & KDE3003 tlh diambil org.. org tu tender awal2 lg.. so, confirm my Alza KDE3300.. x best sgt! huhu

Monday, March 12, 2012

Hello 2012

Salam,

Yesss, I'm coming after a long long long cuti dr update any news here... hehe.. Actually, i have another blog tp this blog still my main blog dan sy x kan biarkan blog ni menjadi sawang labah2 untuk kesekian kalinya(:p).. Since november till now, terlalu banyak perkara berlaku dlm hidup sy.. cerita sedih, cerita gembira, cerita manis, cerita pahit, semuanya bercampur menjadi satu realiti kehidupan... ye, saya bersyukur kerana masih lg berpeluang bernafas di muka bumi Allah ni dan melalui semua perkara ni sebagai satu pengalaman yang sangat berharga..

Owh, Mac da 11 hari berlalu.. Lg 19 hari je lg genap umur saya 30 tahun.. ye, da masuk 3 series.. umur tu hanyalah angka bukan (ok, ayat klise).. dengan usia begini, apa yang saya harapkan saya da pon mempunyai anak2 sebagai pelengkap kehidupan kami suami isteri. tapi, nampaknya Allah masih menyimpan nikmat itu dr kami dan saya percaya Dia mempunyai satu percaturan yang terbaik untuk kami berdua... Soal jodoh, rezeki, pekerjaan, hidup, dan mati seseorang semuanya telah tertulis di Loh Mahfuz.. So, percayalah bahawa saat itu akan hadir juga.. Apa yang perlu dilakukan adalah Usaha, Doa dan selebihnya tawakal.. percaya dengan janji Allah, pasti kita akan redha.

Ok, nak imbas wishlist saya untuk 2011.. Baby belum lg.. masih gigih berusaha... untuk dapat baby 2012 nampaknya macam x berjaya.. hope preggy this yr dan akan berjumpa permata hati nx year.. InsyaAllah.. Alhamdulillah, saya telahpon membeli sebuah rumah untuk kami dan bakal anak2 kami berteduh sebelum cecah usia 30 tahun.. sebuah rumah teres kos sederhana yang agak selesa untuk kami buat masa ini...  Hanimun pula berjaya pergi Sabah je.. 2 destinasi lg tu kena postpone dulu sebab en somi blacklist PTPTN.. hehe.. xpe la, cuti2 Malaysia je la kan.. Kereta plak, skang sy dalam proses pembelian sebuah Alza. eh, skang da 2012 la.. ok, maknanya postpone ke 2012 la kan. hehe.. kereta Viva kesayangan saya akan bertukar hak milik tak lama lg.. adik saya beli kereta tu.. nasib la x jatuh ke tangan org yang x dikenali.. kenapa saya syg ketea Viva AGD 4219 tu? sebab ia merupakan kereta pertaman sy, kereta tu terlalu byk berjasa kepada sy.. beli sebelum dapat lesen D lg.. haha.. sebaik dapat lesen, dengan slumbernye drive dr Perak ke Kedah untuk berjumpa kekasih hati.. hehe.. lg, kenapa sy syg,, kerana ia dibeli ketika gaji saya masih ciput dan tinggal di kota metropolitan kuala lumpur pulak tu.. eh, byk lg la.. pernah 2 kali eksiden kecil, satu sebab saya dan satu lg sebab en somi.. Alamak, ni kena buat entry baru ni.. "Kenangan bersama Viva AGD 4219" haha.. ok, no plat my Alza InsyaAllah KDE3030,, Ekceli, nak KDH3030 tp nak kena tunggu lm lg.. so, amik je la KDE pon.. kenapa 3030 sebab sy lahir 30hb dan en somi pon lahir 30... haha.. ok, stop pasal kereta...

Bulan 2 baru ni (11-12 Feb), rancangan sy n my sis untuk bw famili ke Langkawi berjln dengan lancar.. happy sangat buat semua ni untuk mak, ayah n adik2.. tp, my sis x dapat turut serta sebab kebetulan tarikh APC Jabatan Pendaftaran sama dengan date g Langkawi tu.. congrats jugak untuk Kakyong sebab dpt duit RM1000.. eh, bukan! sebab dapat pernghargaan sebagai pekerja cemerlang la.. hihi.. nx time kita plan lg k.. leh la melaram ramai2 nek my Alza (eh, citer kereta lg)..

Ok, cerita bulan 12 hari tu.. mcm biasa setiap tahun.. cerita bonus dan increament.. Alhamdulillah, syukur sangat2 di atas segala rezekiNya.. first time tgk slip gaji ada RM1xxxx.xx.. ye, 1st time dapat amount 5 angka.. kelip-kelip mata tgk amount tu.. kalau every mth mcm ni kan best.. hehe (ok, berangan).. increament pon not bad.. bulan 8 sy da naik 8% dan bulan 1 naik lg 12%.. Alhamdulillah. syukur sgt2... Allah dtgkan rezeki sesorang itu dlm pelbagai bentuk.. kurang dr satu segi tp lebih dr segi yg lain pulak.. Alhamdulillah..

Ok, itu je cerita yg mampu sy ingat.. cerita x best biarlah hilang dibw angin.. Nak amik aura2 positif je skrg ni.. x mo sedey2, x mo kecewa2.. nnt hormon lari (bak kata kwn2 TTC yg sgt supportive) ^_^