Sunday, June 9, 2013

our 4th wedding anniversary

6/6/13 genaplah empat tahun pwrkahwinan kami. Masih berdua. Masih TTC. Doakan kami :)

Sempena anniversary, daku da plan nak wat candle lite dinner dan photoshoot berdua. Mula-mula fikir nak candle lite dinner kat hotel dan bergambar di studio. Pulun cari hotel dan studio tapi tetiba datang idea nak buat dirumah. So, inilah hasilnya. Perfect. Daku suka. Cuma next time cuba untuk masak sendiri yer.. hehe

Tuesday, May 21, 2013

Amalkan cara hidup sihat

Salam..
Ecewahhh.. baru pegi gym 3-4 kali da buat tajuk gempak mcm da pegi selalu kan.. hee. ok, hari ni dapat email dari HR ttg benefit revised di bwh flexi well plan.. bagi daku, gamuda sangat menjaga kebajikan pekerjanya.. nak resign pon sayang.. haha.. ok, salah satu benefit yang terkandung di dlm plan tu adalah gamudian boleh claim balik apa2 class yg dia attend, cth gym, tai chi, golf, swimming lesson dan lain2 lagi.. menarik kan. so, boleh la register jd member terus kat gym tu.

Balik rumah, rasa lapar pulak. Ingat nak puasa esok. Jd, inilah menu sahur daku.

Setakat itu dl. Nunite

Monday, May 20, 2013

Goodbye Khairul

Salam.
Daku bekerja di Gamuda Engineering dan di'seconded'kan ke Mmc-Gamuda Joint Venture untuk projek pembinaan landasan keretapi berkembar dari Ipoh ke Padang Besar. Since awal tahun 2008 daku ditempatkan di site Alor Setar. Ekceli daku yg mintak site sini sbb ex-bf yang kini da jadi en somi org Kedah.. heee.. nampak x permainan dia. haha.. okeh, memandangkan projek pon da nak sampai ke penghujung, maka sorang demi sorang la yg akan dihantar balik ke KL.. ada yang suka, ada jugak la yang x suka.. dan yang pastinya insan yg x suka tu daku la orangnya.. uwaaaa.. ok2.. hal tu kita pk kemudian.. ;)

So, harini kami account dpmt buat farewell untuk khairul sbb dia da dapat pindah ke MRT projek.. ha, dia ni memang bersungguh2 nak balik kl. Seronok la tu kan da dapat. 5 tahun jugak la kami kat sini kerja sama2.. QS ngan account dpmt kan saling memerlukan. ok, Semoga khairul terus berjaya dalam kerjaya dia. Dan semoga kita akan berjumpa lagi. InsyaAllah.

jom layan pices kami di kenny rogers alor setar

Sunday, May 19, 2013

Ubahsuai rumah

Salam
Mlm ni kemas2 bwh coffee table, ada memcm bil2 dan document yang masih belum difailkan. So, bila ternampak resit2 ubahsuai rumah terfikir plak untuk dicoretkan disini.. Dlm diari pon hangat2 tahi ayam je. awal tahun je rajin pastu ilang tah kemana.. heee..

okeh, di bwh ini adalah kos2 yg dibelanjakan untuk menghasilkan ruang porch yang selesa :)

Tembok kanan (share) - rm600
Awning                            -rm1800
Tembok kiri dan simen
lantai                              -rm2000
Tile porch                        -rm4000
Pagar lipat 4                  -rm2400

whoaaa, byk jugak la bagi org yang tak berduit seperti kami ni.. hampir rm11k. So far, puas hati laaa.. Dan secara jujurnya, daku berpuashati dengan hasil kerja org cina. Kalau boleh mmg daku nak sangat membantu bangsaku sendiri tapi dari pengalaman sendiri jugak daku terpaksa mengakui yang hasil kerja bangsa lain jauh lbh berbaloi dan memuaskan hati walaupon mungkin sedikit mahal.

Okeh. Itu ajer..

#Throwback My Birthday @300313

Cuaca panas dan kering

Salam,
Untuk pengetahuan, cuaca panas dan kering yang berlaku di negara kita sekarang akan berlarutan sehingga September ni mengikut Jabatan Meterologi Malaysia (JMM).. Ini bermakna bulan Ramadhan yang akan kita tempuhi hanya beberapa bulan je lagi berada dalam tempoh tersebut.. So, persediaan dari segi mental dan fizikal kena la kuat kan..

Sebut pasal cuaca ni, last week daku dan en somi tak dapat tidur dengan lena gara2 kepanasan.. Asik-asik tersedar..sebelum tidur, da mandi dulu tapi masuk je bilik, tudia peluh mencurah-curah.. Berpeluh sampai ke pagi.. Mandi pagi2 air pon terasa panas.. Dalam rumah berkuap, dok kat luar pon berkuap. Berbahang je rasa... Fikir punya fikir dan dengar berita yang cuaca panas ni berpanjangan, daku dan en somi pon apalagi.. terus terfikir nak pasang air cond. Lepas kerja hari rabu, da xde nye nak buat ot terus balik rumah, amik en somi dan terus kelaur. kami survey beberapa kedai aircond, dan akhirnya kami memilih aircond berjenama York 1.5HP.. petang khamis diorg datang install, stgh jam je da siap.. harga termasuk pemasangan adalah RM1300.

Alhamdulillah, now da boleh tidur dengan lena sepanjang malam. Siapkan duit nak bayar bil setiap bulan je la..


Saturday, May 18, 2013

Cerita rumah dan kehidupan

Salam
Hari ni hari sabtu.. bermalas-malasan di rumah stlh stgh hari kerja pagi.. dont know sampai bila kena keja sekerat hari camni.. sangat teringin untuk cuti 2 hari setiap minggu.. sure heaven kan.. da tahun ketujuh rupanya disini.. whoaaa.. bayangkan.. lamanya daku bekerja 5 hari setongah seminggu.. dan sangat susah untuk amik cuti lama berdua2an dengan en somi.. yelahh, sorg cuti jumaat sabtu, sorg lagi cuti stgh hari di hari sabtu dan hari ahad... kalau nak ke mana2 sure salah sorg kena amik cuti.. kalau nak ikut cuti en somi, daku kena la amik cuti sehari stgh yakni hari jumaat dan sabtu.. kalo nak ikut cuti daku, en somi kena la amik cuti hari ahad.. sadisssnyee..

Ok, now daku dlm proses beli rumah keduaku.. Alhamdulillah, loan pon da lepas.. Pihak bank da courier offer letter dan daku kena sign and hantar semula kat dorg.. rumah yang daku beli kat KL nun, so terpaksa la main pos2 kan.. tapi, maybe dlm ms terdekat ni daku kena gak turun KL sbb nak sign lawyer agreement antara daku dan pihak bank.. da settle sume, sekali lagi kena ke sana untuk ambil kunci rumah.. boleh la nak ber "yeayyyyy".. akhirnya, tercapai hasratku untuk beli rumah kedua.. rumah ketiga? owh.. yang ni tak tahulah bila boleh beli sbb untuk rumah ketiga, bank hanya akan bg loan setakat 70%.. deposit sbyk 30% adalah dr poket kita ye.. akaun kedua KWSP pon hanya untuk rumah pertama sahaja.. so, simpan je la hasrat murni itu dl.. mana tau ada rezeki terpijak nnt, boleh la fikirkan semula.. :)

En Somi pon sedang survey jugak rumah area Taman Mahsuri, Jitra.. moga ada rezeki dia untuk beli rumah di kawasan tersebut.. Tmn Mahsuri tu sgt strategik dan sangat sesuai untuk buat pelaburan masa hadapan.. 

Ok, sedar x sedar da nak masuk bulan 6 lagi 2 minggu je lagi.. bulan yang sangat2 bermakna untuk kami berdua.. tanggal 6/6 nanti genaplah usia 4 tahun perkahwinan kami.. pelbagai pahit manis kami kecapi dalam tempoh tersebut.. masih menanti kehadiran cahayamata setelah dua kali keguguran.. akhir tahun 2009 dan awal tahun 2013 adalah saat sedih yg daku dan en somi lalui bila kandungan daku disahkan gugur.. Allah masih menyimpan nikmat untuk kami berdua bergelar ibu bapa.. InsyaAllah, one day.. pastinya masa itu akan tiba.. tolong doakan ye kawan2..

So, sempena bulan ulangtahun perkahwinan, sekali lagi kami akan ke Sabah pd pertengahan bulan 6.. mula2 plan ke krabi, pastu ke Bali dan akhirnya Sabah yang jadi pilihan.. hahaha.. insyaAllah, tempat2 tu next holiday lah.. since en somi pon da berjaya lepaskan diri dari blaclist ptptn, pastinya percutian luar negara akan tercatat dalam wishlist kami nanti..

Daku book airasia bulan 5, dan akan fly bulan 6.. daku lebih suka mcm ni dr book bulan 1, fly bulan 12.. jauh kan tempoh dia.. sbb daku pon x tau apa akan terjadi dlm tempoh 12 bulan tu.. mana tau rezeki anak datang, x ke rugi book awal2.. tapi, mahal la sikit kan kalo book lewat2 camni..

Owh, daku sbnrnya tidak sabar untuk menikmati keindahan alam di dasar pantai manukan, sapi dan mamutik..bermain2 dengan ikan2 berwarna warni.. cant wait okeh.. this is the reason why sabah jadi pilihan.. i love snorkeling.. and u know what, daku da pon beli waterproof camera.. heeee... semangat tak!

Dan... satu lagi tempat yang daku teringin sangat nak pegi adalah...UMRAH.. sangat berkobar2 dah ni cuma kewangan masih belum mencukupi.. daku memasang angan2 untuk pegi tahun depan.. semoga impian daku tercapai.. lps balik Sabah ni kena start menabung dan menabung sampai cukup.. doakan jugak ye kawan2.. Amin Amin Ya Rabb..

Till then.. babai..

Sunday, April 14, 2013

Selepas 7 bulan menyepi

Salam.
Sedar tak sedar rupanya sudah 7 bulan saya menyepi dari dunia penulisan blog.. ewahh, macam la kau penulis blog terkenal kan.. haha.. takde la entry pasal pengalaman berpuasa tahun 2012, cerita ceriti hari raya 2012, cerita new year 2013 dan macam2 lagi lah.. apakah  mimpi yg sebabkan saya rasa macam nak menulis semula ni? hrmm, rasanya baikla saya mengaku yang saya memang hangat-hangat tahi ayam je.. kalau rasa nak tulis dan ada kerajinan disitu, so terhasil la new entry.. kalau rasa malas, biarla ia berkulat dan bersawang, ada ku kesahhh.. haha..
Cerita menarik sepanjang 7 bulan lepas? ermmm, x de la menarik pon.. yg saya ingat dlm bidang kerjaya, ada la naik pangkat sikit walaupon ada seketika da rasa fed up kerja di situ.. hehee.. biasa la, bila stress menguasai akal fikiran, rasa nak letak jawatan time2 tu juga.. eh, ni cerita tak menarik ni.. satu lagi cerita menarik tahun 2012 bila mana saya disahkan hamil pada 21 Dec 12. Tapi, kadungan hanya bertahan 6 minggu, pada 6 Jan 13 saya keguguran buat kali kedua.. Masih belum rezeki saya dan suami.. Allah ada rencana hebat untuk kami berdua, mungkin.. Doakan kami berdua cepat-cepat dapat baby ye. TQ :)
Ok, berkaitan teratak cinta kami, now dalam proses renovate bahagian porch. Pagar da siap, konkrit tembok da siap, awning da siap. Just tinggal pasang tile dan cat je lagi. Tile supplier da hantar tunggu kontractor dorang dtg pasang je.. Owh, cant wait.. Hari ni pergi office wat ot, balik dengan harapan tadaaaa.. tapi hampeh! patut pasang tile hari ni.. owh, keciwa gila.. x pe.. sabar, kita tengok esok pula..
Saya juga kini dalam usaha untuk mebeli property kedua saya.. sebuah pangsapuri di Sungai Buluh.. doakan segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan ye. Maceh.
Ok lah.. Setakat ini dulu. Cau Cin Cau..
* Bila tgk gambar kat phone rasa macam byk plak benda nak citer, so sambung la mencoret thru phone plak.
di luar.. masih belom bercat
di dalam.. merah, hitam dan putih

Thursday, August 9, 2012

Jari terkepit pintu kereta

Salam ramadhan,
Malam td konon nak p window shopping kat Jitra.. Pusing2 byk kali br jumpa parking.. Ms nak tutup pintu, sy pon x perasan mcm mn cara sy tutup pintu.. tetiba... ouchhhhh, sakit gila... keluar air mata n nangis terus.. sakit gilaa.. jari da biru, ada darah dalam kuku.. rs kebas.. lebam n bengkak.. Ya Allah, rsnya last terkepit pintu keta ms zaman sekolah rendah dulu.. da besaq panjang pon kena gak.. huhu.. at last, terus balik.. sbb mmg x tahan.. balik sapu minyak gamat.. pg td before g keja pon sapu lagi.. still sakit.. nak menaip pon susah.. rs bedenyut2.. nasib la smlm sy da settle close account.. x tau mcm mn kalo jd disaat genting nak close account.. mau menagis jugak sambil wat keja... nak wat keja kat rumah pon susah ni.. en suami la yg kena wat keja wat ms ni.. rs mengada2 plak.. hehhe.. tp, serius x leh nak wat keja..

Saturday, August 4, 2012

15 Ramadhan

Salam..
Wahh, pejam celik pejam celik dah hari 15 kita sumer berpuasa arini.. sekejapnye rasa.. bermakna jugak 15 hari lagi Syawal akan menjelma.. Taon ni sy just beli tart nenas.. tu pon 2 balang je.. satu utk umah mak mertua dan satu umah mak sy kat kampung.. untuk rumahku syurgaku ni buat sendiri je la.. buat lebih utk bg parent and in law jugak.. plan nak buat cornflakes madu, biskut raya plg senang kot.. tapi, menjadi kegemaran ramai.. kwn2 dtg umah asek tanya cornflakes madu.. kwn opis sampai nak tempah... kiki.. pdhal senang je.. saja la dorg tu.. perli cheq kot.. hehe..

Pastu, nak buat biskut mazola.. rsnye yg ni pon senang jugak.. penah buat sama2 ngan kak ipar raya taon lps.. hope menjadi.. biskut mazola pon sy suka.. sebab sedap, melt di mulut.. sekali rs nak telan lg.. wahhh! hehhe.. sy ni harap buat biskut yg sng2 je laaa..

Biskut lain tu kena tunggu dl.. kena godek2 pakcik google cari resepi yg sng2.. heheh.. stand mixer baru je beli.. x de la guna kudrat tenaga nak pukul gula+telo+tepung mcm taon lps.. lenguh2 tgn dibuatnye.. hehhe.. org x penah wat keja berat gini la.. buat keje sket da sakit..

Yg best, taon ni en suami nak buat sekali.. dl dia sekolah kat sek teknik, en suami amik pastri.. dia lg byk ilmu dr sy tau.. kalo nak beli bahan2 or kelengkapan wat biskut, sy refer dia la.. sy ni sebelum kawin mmg zero knowledge pasal msk2 ni.. jenis2 tepung pon x kenal.. huhu.. sgt teruk.. tp, skang da kenal da sket2.. masih belajar.. hihi..

oklahh.. sj nak celoteh ptg2 ni sambil tunggu waktu berbuka... selamat berbuka semua :)

Tuesday, July 31, 2012

Hoyeeehh, baju raya da siap..

Salam..
Tajuk tu cam kebudak-budakan x?  eheheh.. maklum la, dr last mth nak amik x siap2 lg.. akhirnya hari ni da dpt 3 pasang kurung moden.. kaler brown, purple and maroon orange... selesa! so, boleh la antar lagi kat suhaila tailor, Jitra..heh..  tapi, sgt berharap dpt jahit baju kurung moden sendiri nnt.. ok, target end of this year da pandai.. kena masuk kelas ni.. pas raya baru pk.. mesin jahit da beli.. kena manfaat harta tu.. heee..

Untuk en suami, dia belum decide nak beli baju melayu kaler apa.. kalo ikut sy, nak kaler purple.. tp bila sy try baju kurung moden kaler maroon orange tu, dia kata nak buat baju tu jd theme kaler taon ni.. dia nak cari baju melayu orange.. hihi.. ok, sy x kesah.. Legaaa satu benda.. pasni kena prepare duit untuk kuih raya, duit raya.. openhouse pas raya baru pk.. plannya nak jemput kwn2 terdekat je.. taon lps buat besar-besaran sbb buat sekali ngan house warming la kononnye.. heee.. taon ni bajet kureng sket, so ajak yg dekat2 aje laaa... nak simpan duit utk g Sarawak cuti hari Malaysia nnt... ok laaa, daaaa..

Thursday, July 26, 2012

Rezeki

Alhamdulillah,
Minggu ni sy dapat good news.. Tengahari isnin baru ni bos panggil sy utk buat mid year appraisal.. kebiasaan appraisal utk bonus n kenaikan tahunan di buat pd bln Sep.. tp, kali ni bulan 7.. sy naik gred dan naik gaji jugak.. Alhamdulillah.. semoga Allah sentiasa melimpahkan rezeki sy suami isteri..

Wednesday, June 6, 2012

3rd Anniversary

Bismillah..
Alhamdulillah, hari ni genap 3 tahun usia perkahwinan saya dan en suami.. 3 tahun melayari kehidupan rumahtangga bersama.. banyak kenangan manis dan pahit dilalui yang pastinya meninggalkan kenangan dan panduan untuk menjadi suami dan isteri yang lebih baik untuk hari-hari seterusnya... Semoga perkahwinan kami dirahmati olehNya dan bahagia hingga akhir hayat.. Doaku di usia perkahwinan 3 tahun ini, Allah akan kurniakan kami zuriat, anak-anak  yang comel, sempurna, sihat tubuh badan.. dan soleh & solehah.. Amin.

Saturday, May 12, 2012

Baju raya 2012

Salam,
Nak citer pasal baju raya... sy da mcm kelam kabut sebab baru perasan yg skang da bulan 5.. nx mth bulan 6 n pastu da nak puasa.. ramai tailor da x amik tempahan baju raya tp saya baru terkedek-kedek g mei chong la, g jakel la, g nagoya la sebab nak beli baju raya.. hehe.. ko mmg suka buat keje last minute kan! hah, kena sebiijik.. taun ni x nak la last minute sangat.. nak buat baju kurung moden kena la beli kain cepat sebab nak g tempah lg.. my mom pandai buat baju kurung je.. so, mmg kena antar tempah la.. setakat ni baru ada 3 pasang baju yg nak dibuat untuk raya.. baju cotton kaler oren maroon beli dr opismate.. byr pon lom lg, tunggu gaji hujung bulan.. haha.. pastu, 2 mlm lps g cari baju tema kaler purple, nasib jumpa kat nagoya... puas ati jugak walaupon amik masa lama nak cari baju purple.. sy rasa kalo org yg jahit tu pandai buat, mesti baju tu lawa.. hihi..pastu, mlm td g cari kain kosong kaler coklat gelap untuk padankan dengan kain yg kak muzni bg dari sarawak.. sume nak wat kurung moden.. sy sudah bosan sebenarnye pakai bj kurung.. hehe..

Dan harapan saya tailor ni pandai buat baju kurung moden.. en hubby g antar pagi ni... saya bg contoh baju kurung moden kegemaran saya.. baju kurung moden tu sy antar kat sorang akak ni.. dia punya baju mmg kemas n selesa... tapi kan, dia ambil masa sangat lama.. 6 bulan kot tungg baju tu siap.. satu lagi paling x tahan, muka dia asek masam je.. adoiii.. sampai sy plak rasa bersalah bila nak tanya baju da siap ke belum... bila kita masuk kedai dia kan, dia buat x tau je.. haih, geram sungguh time tu. sampai sy ajak kwn sy temankan sy ms nak amik baju tu untuk sama2 sembur kalo akak tu x siapkan lagi bj sy... kekeke.. nasib la siap time tu.. pastu, sy terus da x mo hantar situ lg walaupon baju dia sangat best dipakai..

Sebelum tu, ms saya menyewa rumah kat anak bukit.. akak jiran sebelah rumah sy mmg tukang jahit.. so, sy pon hantar la 2 kali baju untuk buat baju kurung moden.. tapi kan, sedih! x selesa la... yg 1st tu, ketat or kiat kat lenagn.. x leh nak angkat tangan tinggi.. even nak pegang stereng keta pon x selesa.. ke lenganku besar bagai gajah! idok la kutahu.. hehhe.. tp, series x selesa.. pastu yg 2nd sy antar baju untuk pakai ms kenduri abg en hubby.. dan sy pasti, sekali tu je la sy pakai baju tu... walaupon sy da ckp x selesa kat lengan.. dia da adjust tp masih rasa x selesa... ok, hope yg hubby antar ni ok la.. da la 3 pasang sekaligus..

Ok, kesimpulan! Tema baju raya kami tahun ni adalah PURPLE.. hip hip horay! en suami beli siap je nanti kat kedai hari2 terakhir sebelum raya supaya dapat rebut discount yg ditawarkan oleh penjual... heeee...  ekceli, sy plan nak beli kain plain nak buat bj melayu n baju kurung moden dr kain yg sama.. tp, en suami nak kain satin yg berkilat2 sket dan ia x sesuai untuk buat bj kurung moden.. so, decision nya seperti dinyatakan td.. sy tempah, en hubby readymade..  Settle!

Eh, satu lg tertinggal... post sebelum ni kan sy tingin nak jahit manik kan kan kan.. ok, bj plain kaler coklat gelap tu nnt mungkin jd mangsa pertama sy try n error.. kesian dia.. nasib baik kain tu 2 meter RM14.. kehkeh!

1st time buat kari ikan

Salam,
Amaran keras : Jangan ketawa ye

Smlm adalah 1st time seumur hidup sy masak kari.. 1st time ok.. tu pon sebab cik abg sy slh beli ikan.. sy minta dia beli ikan kayu, tp dibelinya ikan Nyok-Nyok.. kalo x salah beli, sampai bila pon x pasti bila sy akan buat kari.. Walaupon 1 st time, and walaupon x cukup bahan, sbb saya x beli herba campuran tapi kari sy tetp menjadi.. sedap jugak.. kehkeh.. puji diri sendiri la plak.. x kesah la kan, yg penting cik abg mkn sampai abes. Gambar x ambil, da mkn separuh baru teringat.. so, terus mkn je laaa... k, satu kemajuan di situ.. hakhak.. sebenarnyekan, sng je buat kari ni.. nape la sy fikir buat kari ni komplikated sgt... wokeyh, mau balik rumah n masak.. daaaaa!

Keinginanku

Bismillah,
Sy kan, sy kan... sebenarnye bykla keinginan nak belajar.. teringin belajar buat kek, teringin belajar jahit baju, teringin belajar jahit langsir, teringin belajar jahit manik, teringin nak bercucuk tanam... semua ni sebenarnya untuk menambahkan nilai diri kita.. rasa mcm skang ni nilai diri ni kurang sbb mcm2 x pandai.. hehe.. sy tau la jugak menjahit sikit2.. baju kurung pon penah buat sendiri sehelai.. minat tu ada.. tp, skang ni mesin jahit plak x dak.. sy ni kalo teringin nak buat sesuatu nak la2 tu jugak.. tp, sbb fulusnya x mencukupi, terpaksa simpan je la keinginan sy tu... cuba nak buat benda2 yg x perlu kos yg tinggi dl.. cotohnye belajar jahit manik.. belajar thru youtube la dl.. belajar buat cara yg simple2... nak g bengkelnye pon perlu kos jugak kan.. kalo ikut minat tu, nampak sy lebih cenderung kepada jahit menjahit dari masak memasak nih.. teringin tu ada la jugak, tp lebih kepada nak tau cara2 nak buat sbb sy rasa mcm zero knowledge ttg buat kek dan seumpama dengannya.. sy sebenarnye before kawin langsung x pandai masak.. sy kagum sgt kat org2 yg pandai masak nih.. tp skang, bila dah kawin.. bolehla nak masak yg simple2.. puas bila tgk en suami tersandar kekenyangan dgn masakan air tangan isteri walaupon kadang2 pn isteri ni tetiba moody bila nak masak.. hehehhe... x baik sungguh...

Pastu, teringin nak bercucuk tanam.. kat belakang rumah teringin nak tanam sayur-sayuran mcm cili ke, bendi ke, sawi ke.. skang yg sy da tanam pokok serai, cabai br ada sepokok, pokok kunyit, pokok limau purut n limau kasturi... tu pon, kejap nak mati kejap hidup.. ini gara2 pokok tidak disiram la.. malas buka pintu dapur punya pasal... hehehe.. tp, sekurang2nya nak wat tomyam n paprik x yah da nak cari rumah org yg tanam pokok limau purut.. nak msk, petik je.. senang! hehe...kat depan rumah plan teringin nak tanam pokok bunga yg colourful mcm bunga orkit ker, bunga kertas ke.. tp, orkid kena penjagaan yg rapi kan.. mcm x sesuai la.. sebab sy ni kadang2 rajin kadang malas.. kesian pokok tu la kalo dapat tuan mcm sy...

adeiii, pe kebenda la daku melalut ni.. haha.. dlm kepala hotak ni mcm2 dipikirnye.. nak buat itu la, nak buat ini la... ok lah, jgn ckp saja.. pastikan benda yg nak dibuat tu berjln.. ta ti tu!

Sunday, May 6, 2012

Lg sebulan our 3rd anniversary

Salam,
Sebulan je lagi tanggal 6/6/2012 akan genap 3 tahun usia perkahwinan kami.. Terima kasih Ya Allah atas kebahagiaan ini.. Sy plan nak buat makan-makan sempena ulangtahun ketiga perkahwinan kami ni di our "home sweet home".. wat kecik2 ja, ajak member rapat.. harap plan menjadi.. nantikan.. :)

Porch awning

Salam,
Semalam contractor  da datang and da siap pasang awning di bhgn porch rumah.. yes, sangat happy.. Da lama sangat hasrat nak buat awning ni sebenarnya tapi asek la tertangguh disebakan kekurangan wang.. huhu.. Kos pasang awning ni RM1950, tp dapat diskaun jadi la RM1800.. ok, nx step if da cukup duit, kami nak naikkan bata untuk pisahkan dengan rumah sebelah.. Disebabkan rumah sebelah kami ni x de org duduk lg, maknanya kos tu akan ditanggung sendiri.. x de share la.. dlm seribu lbh jugak.. ok, lets start kumpul duit..

Friday, May 4, 2012

Puas dpt gembirakan parents

Bismillah,
Da lama coretkan satu dua kata kat blog nih.. aritu semangat kata x nak malas2 da untuk update blog, tp nampaknya perkara yg sama masih berlaku.. hehe.. so, terima je la hakikat sy ni bukanlah blogger tegar... kalo blogger tegar hari2 akan update blog, then dlm sehari tu byk kali plak tu.. kau hado? haa, x de kan.. hehe

Ok, just nak share rs kepuasan diri bila lihat parents kita seronok dengan apa yg kita lakukan untuk mereka.. Walaupon da bg duit untuk mereka tiap2 bulan, tp pastinya x dapat balas segala kasih sayang dan pengorbanan mereka dlm membesarkan kita sehingga sekarang.. So, sy bertekad untuk menggembirakan parents sy seumur hidup sy, InsyaAllah...

Masa g Langkawi bulan 2 hari tu, rs best sgt.. Puas dpt lihat keseronokan mak and ayah dpt bercuti bersama2.. Kami bukanlah dtg dr keluarga yg mewah.. So, dizaman sy kanak2 dan remaja, sy tak pernah dibw bercuti ke mana2 oleh mak n ayah.. kalo pegi hanyalah menerusi rombongan sekolah.. Wang pendapatan ayah sy digunakan untuk membesarkan dan menyekolahkan kami adik beradik... So, kini sy nak cuba seboleh2nya bawa mereka bercuti.. Percutian ke langkawi aritu merupakan kali pertama mak sy menjejakkan kaki ke Langkawi.. Mak sy x berpeluang menghantar sy ke Matrikulasi di Langkawi pd Feb 2000 sbb kekangan kewangan pd masa tu..

Sebenarnya, pd Feb 2010 sy pernah plan bw mak & ayah dan juga arwah tok ke Cameron Highlands.. Tapi, disebabkan kesihatan tok yg tak mengizinkan, sy just pregi dgn hubby, kakak n adik... Cameron Highlands adalah tempat di mana mak n ayah sy bertemu.. hikhik.. masa tu mak & arwah tok berkerja di Ladang Tea Boh.. Ayah sy pulak  jd peneman kwnnya yg berkahwin dgn orang CH.. rasa ralat jugak x dapat bw mereka masa tu sebab cadangnya mmg nak bw arwah tok sekali sebab tempat tu kan macam nostalgia gitu.. InsyaAllah, satu hari nnt sy akan plan bw mereka ke sana.. tp, bukan dlm ms terdekat sebab sy sebenarnya da bosan g Cameron Highlands.. haha...

InsyaAllah, plannya nak bw mak & ayah g Sarawak on mid of Sept nanti untuk menhadiri majlis perkahwinan my bff, Amy dan psgnnya Ali... da lama sy simpan keinginan ke Sarawak sebab nak tunggu Amy kawin br la nak jejakkan kaki di bumi kenyalang tu.. Masa sy kawin haritu, amy dtg Perak ngan parents dia.. so, kali ni sy pon nak bw parents sy jugak, sambil jln2 kat sana.. kiranya kali ni 1st time la parents sy nek flight tau.. sure excited nnt.. xpe, kasik experience dl sebelum mak& ayah nak ke Mekah nnt, InsyaAllah.. Sebenarnye, benda ni sy br planning, tp mak sy da citer kat adik2nye.. hehhe.. dari situ sy boleh nampak keinginan mak sy.. Insyaallah mak, nnt kita pergi Sarawak k.. :)

Ok, itu je nak share pasal kepuasan diri bila dpt menggembirakan parents.. Maybe org lain boleh bg lebih lg kegembiraan pd parents mereka, tp kena tengok pd kemampuan diri jugak kan.. Sy akan berikan sekadar yg termampu.. Maybe Allah belum kurniakan rezeki anak buat kami lg, supaya kami dpt berikan perhatian yg lebih untuk parents kami..

Bulan jun nnt nak bw parents in law g maraton 3 buah kenduri.. hehe.. cik abg ada job, so sy dengan ikhlasnya nak temankan parents in law sambil jd driver.. x sabar nak mkn kenuri neh walaupon tgh diet..haippp!

Ok, da di duu..

Monday, April 23, 2012

Pengeluaran kali kedua wang EPF untuk mengurangkan baki pinjaman perumahan

Bismillah..
Alhamdulillah, semalam ptg sy ke EPF office untuk hantar borang2 untuk pengeluaran akaun 2 duit EPF.. Borang2 yg diperlukan untuk pengeluaran kedua ni hanya borang 9C (ambil di EPF office), penyata baki pinjaman perumahan (disediakan oleh pihak bank) dan juga salinan IC..  then, siap.. Tunggu dalam masa 15 hari wang akan dikreditkan ke akaun pinjaman perumahan.. tp, pengalaman pengeluaran pertama sy dengan EPF, wang dikreditkan dalam masa 4 hari je.. ok, sy suka disitu.. pada sy, EPF sangat efficient.. tunggu pon x lama pas ambil no. Thumbs up dr sy :)

Kalo ikutkan sy nak pergi EPF office awal pagi, tp pemaju dtg rumah plak.. Bilik ketiga sy leaking bila setiap kali hujan lebat.. Nasib diorg leh baiki.. So, settle.. Legaaaa!